portal sumbangan
Pemuda UMNO
Gerakan Generasi baru
kenapa laman sesawang ini ditubuhkan
Melalui laman web ini, kami menyediakan kaedah sumbangan yang selamat dan mudah untuk menyokong projek kebajikan Pemuda UMNO. Kami komited kepada pengurusan yang telus bagi memastikan setiap sumbangan akan diurus secara pantas dan digunakan sepenuhnya untuk manfaat komuniti. Kami percaya bahawa platform ini akan menggalakkan lebih ramai orang bersama-sama menyokong inisiatif kebajikan bagi kesejahteraan masyarakat.
rakan strategik
Khairat Kematian Pemuda UMNO adalah program yang bertujuan untuk memberi sokongan kewangan segera kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang. Sumbangan ini diharap dapat memudahkan urusan pengebumian dan dapat meringankan beban kewangan keluarga. Kami percaya bahawa melalui program ini dan sokongan anda, lebih ramai keluarga dapat dibantu pada saat mereka memerlukannya.
Infaq adalah sumbangan ikhlas untuk membantu mereka yang memerlukan. Portal Derma Pemuda UMNO membuka peluang bagi anda untuk berinfaq, di mana setiap dana yang disumbangkan akan disalurkan untuk kebajikan seperti bantuan pendidikan, makanan, dan sokongan komuniti. Sumbangan kecil anda mampu memberi perubahan besar kepada mereka yang amat memerlukan.